Home Novelet Komedi/Romantik Komedi SONATA [epilog]
SONATA [epilog]
Paina Rena
24/12/2014 03:03:20
25,586
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Egann 11

LEHER dan otot lengan terasa penat sedikit selepas selesai memainkan (La Folia) Violin Sonata in D minor. Violin dan bow dipegang dengan satu tangan dan urat leher yang terasa tegang diurut ringan. Music sheet di atas music stand itu diselak-selak. Bach, Vivaldi, Beethoven, Schubert… concerto for violin… bla bla bla…. Tiada lagu yang dia terasa nak mainkan.

Keluh dilepaskan, lalu kaki dibawa melangkah ke meja. Tangan kiri menggenggam neck Violin dan bow sementara punggung dilabuhkan pada kerusi. Apple dihidupkan. Wajah dirinya dan Syafik yang tersengih lebar pada skrin laptop. Mata galak yang sedang tersenyum itu direnung redup. Sofe merenung gambar ceria mereka tanpa sebarang riak wajah. Bila sejak kali terakhir dia melihat riak ini pada wajah lelakinya?

Syafik ialah suaminya… ya. Tapi tiada sesiapa yang tahu melainkan mereka dan Allah. Hubungan ini dirahsiakan dari orang lain atas sebab yang enggan diceritakan buat masa ini. Sofe tidak pasti atas sebab apa Syafik mahu menjadikan dia sebagai seorang isteri yang sah, dan Syafik tidak tahu kenapa Sofe sudi menerima tawarannya tanpa sebarang bantahan, pulangan wang, pulangan cinta mahupun pulangan kepuasan batin. Ironi, Syafik sendiri enggan memiliki anak. Maka, hingga sekarang dia masih dara. Walaupun dia kadang kala meminta, lelaki itu tetap enggan memiliki dia sepenuhnya.

Menyedihkan.

Samada Sofe nak terima atau tidak, perkahwinan ini hanya pada nama semata-mata. Betul-betul memainkan kesucian hukum Allah. Walaupun begitu, perasaannya pada lelaki itu bukannya tipu. Ibu jari memetik tali violin.

Cinta wujud untuk Syafik bila lelaki itu memainkan River Flow in You – Yiruma, untuknya semasa masing-masing masih menuntut di Venice. Dia tahu lelaki itu menyukainya bila dirinya dicium curi-curi semasa tidur. Dia tahu mereka saling menyukai bila kata-kata cinta diluahkan untuk masing-masing. Tetapi kenapa apabila berdiri sama tinggi di dalam institusi perkahwinan ini, cinta itu gagal menegakkan tiang rumah tangga?

Dia tidak faham.

Tali violin dipetik lagi.

“Sebab aku dah tidak cintakan dia kah?” soalnya.

Tidak, itu bukan jawapan. Dia pasti lelaki itu masih merajai hati yang nipis.

Ting….

Sebab dia dah tak cintakan aku?

Itu pun tidak mungkin kerana Syafik sentiasa mencari peluang membuatnya cemburu. Ciuman dan sentuhan lembut masih mendarat pada tubuh empuk walaupun tidak lebih dari itu. Kata-kata cinta masih didendangkan dengan sepenuh perasaan pada isteri yang satu. Ya, Syafik masih mencintai dia seperti mana dia masih menyintai si suami.

Tetapi itu tidak menjawab kenapa perkahwinan mereka terlalu hambar.

Mungkin kerana hubungan yang intim itu tidak dilakukan? Tetapi makna perkahwinan bukannya pada seks semata. Seks cuma sesuatu yang dialihkan hukum haram kepada halal apabila telah sah hubungan suami isteri. Perkahwinan ialah sesuatu yang… sesuatu yang… memerlukan kedua-dua belah pihak untuk mahu hidup bersama dan menerima kelemahan masing-masing… kah?

Kami sudah hidup bersama, tetapi kenapa masih hambar?

Sebab aku tak sukakan perangai dia kah? Hati meneka lagi.

Itu mungkin boleh jadisebab aku tak pernah suka macammana dia membenci ayahnya

Ting!

Sofe mendengus keras. Dia bangkit berdiri, lalu violin diletakkan di bawah leher. Bow diseret pada tali Violin dengan kekuatan yang perlu, lantas menghasilkan bunyi yang merdu sekali. Jemari tangan kiri turut memainkan peranan pada tali di leher alat muzik itu. River Flow in You Violin Cover dimainkan. Penuh kekhusyukan. Sofe menghayati alunan muzik mereka. Ini lagu cinta yang Syafik berikan padanya… dan dia mahu berikan kembali lagu ini kepada lelaki itu dalam versi sendiri.


“SO… lady. We need to go back. Senja dah ni.”

“Erm… iya. Pergilah.”

“I mean… balik sama-sama.”

Sofe menghela nafas panjang, lalu lutut yang berlipat sila, direnggangkan dan dilunjur ke jalan. Penat sendinya. “I don’t want to go back…”

“Taknak balik bilik roomate?”

“Em…” Bibir digigit, mengangguk.

“Balik bilik saya la, jom. Kita jadi roommate buat satu malam.”

Syafik dijeling tajam. “Absurd.”

Tergelak si jejaka. “I’m half-serious…” Belakang kepala digaru. “Tapi seriously lady. Sebelum malam, awak perlu balik. Bahaya lebih senang bergerak malam, lagi-lagi untuk gadis cantik macam awak.”

Sofe menoleh. “Awak kan ada…”

Tersenyum lalu. “Nak saya teman? Jom, ke bilik saya.”

“Mengarut!” Bahu itu ditumbuk. Syafik tergelak. Tumbukan Sofe langsung tidak terasa di otot nan kekar. Wajah cantik itu direnung sepuasnya sebelum cahaya betul-betul diragut malam.

“Sebelum kita berpisah… boleh bagitau nama awak?”

“Eh?” Sofe menoleh. “Awak tak tau lagi?”

“Saya ingat nama Nasuha tu je. Pun awak dah cakap dah tu nama tipu.” Bahu dijungkit. “Saya nak jadi kawan awak, so saya taknak tau fake name. Saya nak nama yang saya boleh cetak dalam kad kahwin saya nanti…”

Sofe tersenyum. “Jadi pasangan awak?”

“Saya nak tempah servis awak untuk buat persembahan nude dancing.”

Naik geram lagi dan tumbuk lagi. Syafik hanya tersenyum walau denyut mula terasa pada tempat yang sama. Wajah dirapatkan, mencari muka Sofe yang lari padanya. Merajuk.

“Suha… tell me your name…”

“You just call me with that name.”

Syafik memicing. “Fine. Saya balik dulu, Suha.” Punggung diangkat, nak pergi. Sofe menoleh terperanjat, lekas menarik lengan lelaki itu.

“Tunggu la dulu…!”


BIBIR tersenyum nipis bila kenangan itu merasuk ke kepala. Wajah dilangutkan dengan mata yang masih dipejam. Bow masih ditolak dan tarik, mengalunkan alunan lembut lagu cinta itu ke telinga sendiri. Masih menghayati.


“SAYA taknak duduk dan berbual dengan orang yang tak dikenali even nama yang simple.” Syafik mencemik.

Bibir digigit. “Fine!” Lengan itu ditarik lebih kuat supaya punggung itu kembali bertemu tanah. Mata kilat Syafik ditentangnya bersama helaan nafas pendek. Enggan bermain tarik tali lagi. “Fatso.”

“What?”

“Fatso… my name is Fatso…”

Dua pasang mata itu bertentangan pandang. Matahari dah tenggelam di ufuk barat walau sinarnya masih menyinari langit. Sinar senja masih membenarkan dua anak kacukan itu merenung masing-masing.

“You call yourself, Fatso?” Tubuh kecil itu dipandang. Tidak nampak sebarang lemak yang berlebihan di tubuhnya. Sofe menggaru pipi.

“Yeah. It is my name… Fatiha Sofe. In short, Fatso. My family members semua panggil saya dengan nama tu.”

Penjelasan Sofe diabaikan Syafik. Pandangan matanya jatuh pada pangkal lemak empuk yang kelihatan di sebalik kolar lebar tanktop yang terselak. Enak sekali penglihatan direhatkan di situ dan nampak sedap dimakan begitu saja~~~ Alunan muzik Gardenie yang selalu didengari di dalam TV kedengaran di lubang telinganya sekarang.

“You are indeed fat at some area…”

Kening bercantum. Arah pandang Syafik bukan pada matanya tetapi ditundukkan ke dadanya. Ah! Tangan kiri menutup dada dan tangan kanan cukup ringan menampar pipi Syafik. Sekadar pukulan ringan, namun rasa kejut lelaki tu seperti direnjat elektrik 100k voltan hingga terloncat dia dari duduk. Entah apa yang berada di kepala sampai boleh mengelamun terlalu jauh ke laut dalam masa yang sangat singkat. Sofe semakin malu dibuatnya.

“Hey…” Syafik menggosok pipi kiri. Dada yang masih tidak hilang denyut terkejut turut ditepuk perlahan.

“That’s for being obscene.”

“What? Bukan ke agama dah cakap agar tundukkan pandangan bila bertemu perempuan.”

“Awak gunapakai dalil agama untuk niat yang salah lagi!!” Lengan lelaki itu ditamparnya kuat. Syafik mendesis, menggosok tangannya.

“Pulak…” Langit dipandang. “Did you know nama itu ibarat doa. Nama awak dah cantik-cantik Fatiha, kenapa nak panggil Fatso? Kalau 40 kali orang panggil awak gemuk, karang langit terbuka, termakbul betul-betul awak jadi gemuk. Awak nak gemuk?” soalan percuma kepada si perempuan. Sofe menjuih, menggeleng. Tersenyum Syafik. “So, mulai hari ini saya panggil awak Big Bosom.”

Mencerlang mata bulat Sofe seperti nak menjojol keluar. “Tu lagi teruk!!”


“HAHA… stupid Syafik…” Air mata meleleh di hujung mata yang terpejam bersama ketawa kecil yang terlepas keluar. Perlahan sekali, merindui sepenuhnya antara memori berharga di Venice. Semasa mereka masih muda dan semua keinginan yang berada di dunia hanya mampu diimpikan serta dijadikan harapan yang menggunung tinggi ke langit. Namun sebenarnya, Syafik sudah sangat realist ketika itu… dan dia hanya perasan fakta itu kini.


“HEY hey! I told you kata-kata itu satu doa. Kalau langit terbuka, boleh besarkan lagi your…”

“Graaaahhh!!” Penampar dah bertambah serangan dengan penumbuk, penampar dan backhand. Syafik tergelak. Mengelak dan menepis. Muka merah Sofe ditenung suka sambil tangan terus ligat menepis serangan lemah si gadis ke arahnya. Lagak tangan macam menepis nyamuk.

“Too long, huh? Big B then.”

“Syafik!”

“BB?”

“Graah!!” Punggung diangkat dan dia menujah diri, pergi lekas. Sakit hati bila duduk lama-lama dengan lelaki itu! Syafik pula melepaskan ketawa. Suka. Sangat suka dengan reaksi Sofe. Langkah gadis itu diekori.

“B… BB oi… BBB…”

“Diam la Sapik!”

“You want to know what is BBB? Big Boob and Butt.”

Mata mencerlang besar, lalu tubuh dipusing mendadak dan penumbuk dilayang ke wajah kacak. Namun pergerakannya termati bila penumbuk disambut mudah dengan tangan. Lelaki itu tersenyum nipis.

“You’re readable.” Dan tubuh langsing ditarik merapat hingga dirangkul dengan sebelah tangan. Sofe terbejat. “Sekarang. Apa awak nak buat…”

Sofe mendesis, lalu tubuh dilonjak. Tengkorak dihentak ke bawah dagu leaki itu, menyebabkan pertemuan yang keras antara gigi bawah dengan gigi atas. Bapak ngilu! Rangkulan pada Sofe terlepas dan Syafik terundur, memegang dagunya. Gila sakit…

“Awak oii…” Syafik tak berhenti mengaduh.

Sofe mendengus, melepaskan nafas keras serta puas hati. Tanpa berkalih, lelaki itu ditinggalkan di situ.


RIVER Flow in You Violin Cover selesai dimainkan. Sofe menghembus nafas panjang. Bow dan violin diturunkan ke bumi, lalu lantai direnung sayu. Akal terasa kosong walau hati mengkehendaki sesuatu – mahukan kebebasan dari kekosongan yang dicipta sendiri ditambah kekecewaan yang diberikan oleh Syafik. Mata dipejam kelip sekali dua, lalu Sofe menoleh pada desktop yang masih hidup. Dirinya dan Syafik yang tersenyum lebar itu direnung.

Maybe we really should split up for a while…”


NOW, we’ll start the board of director meeting. As I, Syafik Egann Fadhil is finally qualified to be the CEO in Ian’s Company, I want to begin the motion of retirement for the current president. Those who want the president to quit, do raise your hand.”

Semua tangan milik pengarah-pengarah syarikat piano itu mengangkat tangan ke paras kepala.

Ian yang duduk di hujung sudut di sebelah si CEO, mengerut dahi. “What’s this?” Anak sulung yang duduk di kerusi hujung tengah, dipandang. Syafik memberinya senyum nipis.

Can’t you see? Its about time you retire, old man.” Sebuah fail nipis hitam tolak hingga terseret di hadapan presiden syarikat membuat piano dan spare part piano itu. Ian mengerut dahi, memandang fail tersebut redup. Anak mata yang galak tersenyum itu direnung kembali.

You’re quite an impudent son. You were once against my request to make you big, and now you want to kick me out from my own company?”

I play it as exactly as your plan, shit-head. You want me to be your successor, I take it. You want me to be pianist, I take it. You want me to be like you, I take it. And here I am, releasing you who had worked so hard all these years. Take it as my concern for you to enjoy your retirement life and take care of your health.”

Listen to yourself, greenhorn…” Ian bangkit dengan riak tegang. “I made this company. I took you in to make you big and carry my heritage, but never I thought that you will pull a shitty play like this. Planning for you is the biggest mistake I made.” Sungguh! Pridenya terasa dipijak-pijak oleh anak yang diberi pendidikan dan akhirnya pendidikan itu digunakan si anak untuk menghinanya.

Bibir merah itu tersenyum. “And that mistake is hilariously my success. And don’t you remember, old man? Your expiration time as member of this board had also passed. Read those terms that you had signed with all members of BOD’s.”

Ian memicing, mencerun pada fail di tangan. Ahli-ahli kumpulan pengarahnya dikerling tajam. Masing-masing membalas dengan tenungan dingin walaupun ada sesetengah yang melarikan pandang seperti Auclair. Nafas didengus deras. “And you waited for this moment to throw me downso very cunning. But, don’t you think you forget about the stockholders outside of the company. All of them still hold the rights towards your predecessor. I can make them turn over this decision in their next meeting.”

That won’t be necessary…” Mata biru kilatnya tajam sekali menentang wajah merah itu. Ian… nampak tenang walaupun riak tegang itu ada. Namun dia juga tidak gentar! Perang ini, dia yang akan menang! “Here.” Sekeping lagi fail nipis dilempar ke hadapan lelaki 50-an itu. Syafik bersandar. “In those files, their attoney had provided me the letters of their agreement regarding this matter. Thus, I gain solid management right about this decision.”

They express their gratitude in honor of your extensive achievement towards this company and your enthusiastic zeal. However, many of them also dissatisfied with your sometimes scrawny methods. Plus, your inability to divide your devotion to your pianist career also damned the press. Just get back to where you come from, president. Your era is over. Go die in your home and play the piano for all I care.

Your priority got mixed up, Egann.” Ian merenung toya.

It’s a given.” Muka berlagak.


ITU ialah kisah lima hari lalu. Selepas si ayah dihalau keluar dari syarikat sendiri, Syafik ialah pemilik sah organisasi yang menghasilkan piano itu. Usia baru 26 dah menjadi CEO. Hebat tak hebat? Tapi ini ialah apa yang ayahnya mahu dia jadi sembilan tahun lalu, maka dengan niat itulah dia balas kembali rasa tidak puas hati terhadap apa yang si yah pernah buat kepadanya beberapa puluh tahun lalu. Ini ialah pembalasan untuk Ainah si ibu, dan juga untuk Saiful. Ah, dan juga untuk Sofe at some point….

I wonder where is she now….

Nice art.”

Syafik terperanjat. Lekas dia tersedar dari lamunan, cuma untuk memandang Auclair sedang tersenyum di depan mejanya. Pemuda barat itu menarik kertas yang dicontengnya sedari tadi.

I didn’t know you can sketch,” komennya, merenung lakaran wajah Sofe di dada kertas. Muka senyum, muka gelak, muka marah dan figura wanita bermain violin yang tak habis juga ada.

Pen dialihkan dari tangan. “Sketchwhat?” Defensif.

Si mata hijau memandang majikan barunya, lalu kertas tadi dibalikkan. Berderau darah Syafik dibuatnya, lalu pandangan dilarikan dari memandang lakaran hasil tangan sendiri.

Its already there. I didn’t draw anything…” Cuba nak lari walaupun terang-terang dia ialah pesalah. Auclair tertawa nipis, kelakar melihat sikap tidak jujur yang dipamerkan si pengarah urusan. Lalu kertas tadi diletakkan semula di atas meja.

Not that I care who draw your love on the paper…” Kerusi ditarik dan dia duduk. “But regarding Fatiha Sofe, I didn’t her in a while. Where is she?”

Senyap.

Did she know you’ve succeeded Ian?”

Diam.

Or she’s leaving you already?”

Why did you say that?” Lelaki Germany-American itu direnung tajam. Auclair menjungkit bahu.

Her houseits empty. I’ve texted her, none are received. Emails, letters, faxes, Y!M, Whassap, Facebook Messenger, Skype, Instac, Tweet… none are achievable. Her phone line has been cut off.”

Syafik mengerut dahi. Sampai begitu sekali? Menghilangkan diri tiba-tiba dan mematikan semua hubungan dengan semua orang yang dikenali. Apa maknanya ini? Auclair direnung. “Why do you feel the need to contact her to that intense?”

It’s for your party, silly.” Muka ditopang pada lengan. Syfaik mengerut dahi. “We need to celebrate the new successor of Seymour Company. And of course, you’ll need your mate in the party.”

“Ah… oh…” Kalendar ditarik. Ya, tiga hari lagi. Majlis yang sudah pasti akan melibatkan dia dengan acara bersosial, arak dan aksi kebaratan. Hati dah mula terasa berat.

Or do you want Summer, instead?” soal Auclair, memberi pilihan bersama senyuman meleret.

Syafik meletakkan semula kalendar ke hujung meja kerjanya. “All my works for today and tomorrowcancel it all.” Kerusi beroda ditolak dan dia bangkit. Auclair membulatkan mata, memandang pemuda itu yang mematah-matahkan jemarinya.

What?! You can’t simply neglect you responsibility!! You are the one in chare!!”

Then you in charge.” Senafas arahan itu diberi. Meja dipusing semasa melangkah keluar.

Auclair ternganga, “What? Why? Where’d you want to go? Our discussion haven’t settled yet!”

I need to be alone. Take care of my job here while I pamper my hand.” Bahu Auclair ditepuk sekali sambil dia melangkah ke pintu. Ternganga pembantu peribadinya itu sebelum pintu pejabat itu bertutup rapat.
Previous: Egann 10
Next: Egann 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.